Friday, October 8, 2010

sahabat

kasih dan sayang,sesuatu yang dah sinonim dengan kita.setiap saat kita dambakan kasih,setiap saat kita mencari kasih sayang ni,bahkan,kita juga hidup untuk mencari kasih sayang (Allah)
kasih sayang adalah satu perasaan indah yang telah Allah kurniakn kpd kita manusia.dalam Quran juga disebutkan tentang peraan sayang ni

Itulah (karunia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba- hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukur
asy-Syuura ayat 23.

bukankah daripada ayat diatas jelas menunjukkan kasih sayang itu adalah fitrah manusia,dan jika kita berkasih sayang kerana Allah,maka insyaAllah rahmat Allah akan dikurniakan kepada kita... dalam post kali ni,aku xberminat untuk menyentuh tentang perlunya berkasih sayang dalam kehidupan kita,jika ada permintaan dari sahabat,baru aku akan tulis,tapi tu pun lepas ezam,insyaAllah.
cumanya disini,aku nak meluahkan rasa kecewa aku dengan beberapa orang sahabat yang sangat aku sayangi,dalam kecewa ni,tiba-tiba aku teringat dialog movie "cinta" kalau x salah,
"makin kita sayang seseorang,orang tu lah yang akan melukai hati kita"
betul atau x,tu bergantung pada keadaan dan orang...


sahabatku yang ku sayangi kerana Allah
hadirmu menyedarkan ku tentang mardhotilah,
hadirmu memberi ukhwah kerana Allah,
mengingatkanku sangat ku leka,
menjaga ku ketika sakit,
dan mengajar tatkala ku xmengerti...
demi Allah,
aku sangat sayangkan persahabatn ni,
dan mungkin kerana terlampau sayangkan ukhwah ni,kesalahn y
g kecil mampu menyebabkan hatiku terluka yang teramat sangat...

tujuanku menulis disini,bukan untuk menyakitkan hatimu,bukan jua untuk mengeruhkan keadaan,tapi kerana x mampu untukku luahkan perasaan ku padamu sahabat.

kelemahan diri....

duhai sahabat,
aku adalah hamba Allah yang serba kekurangan
padaku xada sebarang keistimewaan,jika dibandingkan dengan mu,
kau jau
h lebih baik dari ku,
kau umpama langit dan aku adalah bumi,..
tetapi percalah,persahabatan yang ku bina denganmu adalah kerana Allah,
bukan kerana keistimewaanmu,
kelebihanmu hanyalah penyeri pada persahabatn kita...

kadang-kadang aku rasa cemburu denganmu,kau mudah mencuri hati sesiapapun,
kau mudah menarik hati yang memandang,kau bijak berkata,kau punya quran di dada,berbandingku yang sangat serba kekurangan.melihat pada perbezaan ni,membuat aku malu untuk berdepan dengan mu...

aku seorang yg pemarah,dan aku bukan seorang yg penyabar,bahkan,kadang-kadang,ketegasan ku yang terlampau seolah-olah mendesak memnyebabkan orang rimas dengan ku.dan aku tau sahabat,walaupun kau x luahkan,tapi kau juga merasa rimas dengan ketegasan ku...bukan maksudku untuk mendesak,tapi aku hanya nakkan yang terbaik untuk sahabatku,tapi aku hanya manusia biasa yang x pernah terlepas dari melakukan kesalahan,
dan sebagai manusia biasa,aku tau,sabarmu jua ada batasnya.rimasmu dengan sikapku,menjarakkn drimu dengan ku.

hatiku menangis sedih tatkala melihat helahmu menjauhkan dirimu dariku, hatiku menjerit melihat sahabatmu yang lain yang menemanimu,bukan lagi aku... hatiku memberontak bila kau hanya mendiamkan diri saat bersamaku
aku tau,salahku sendiri kau jauhkan diri dariku.tapi sejujurnya,aku x mampu menipu diriku,yang aku sangat kecewa dengan sikapmu,sedih dengan helahmu,dan ku mula merasakan ukhwah kita mula goyah.. .demi Allah,aku takut saat ku teringat sabda rasulullulah dalam halaqahnya bersama sahabat..

"jangan duduk di antara kami orang yang memutuskan silaturrahim"

sungguh,baginda sendiri tidak menyukai orang yang memutuskn ukhwah,dan aku xnak menjadi umat yang tidak dicinta baginda.

sahabat, maafkan aku kerana kelemahan diriku, maafkan aku kerana rasa kecewaku, maafkan aku kerana berjauh hati dengan mu, maafkan aku kerana selalu mendesakmu, maafkan aku kerana memarahimu, maafkan aku kerana berburuk sangka padamu, maafkan aku kerana xmampu menjadi sahabatmu yang baik... kau adalah sahabat aku di dunia dan akhirat.kasih ku padamu kerana Allah,sayang ku padamu,xtermampu untukku ungkapkan.

dan perlu kau bimbangkan,kerana marahku padamu,telah lama ku lupakan,dan kau x pernah melakukan sebarang kesalahan padaku.jadi tiada apa yang perlu untukku maafkan...

No comments:

Post a Comment