Tuesday, October 26, 2010

pagi-pagi


pagi yang gelap,kini sudah terang,engkau kucingku,dan aku tuanmu.
hohoho
pagi-pagi sudah semngat mengadap latop.
walaupon pagi mula kembali gelap sebb hujan,

Monday, October 25, 2010

diari hatiku

tangan ni gatal sangat nak menaip,tapi idea kering,pa nak ditulis ni erk.huhu,bru abeh exam,so otak tenang,xdak masalah...senangnya hatiku.lalalalaa
OK OK!!!SERIUS SERIUS!!!JANGAN MAIN-MAIN.LALALA,
ps:disebabkan hati terlalu suka,xleh nak serius langsung...


hmm,arini,tamatlah sudah sem 1.and hari start cuti sem,YEYEY!!!!
alamak,terexcited plak.pa nak wat,memang aku ni jenis yang payah control emosi..

untuk cuti sem ni,aku dah plan bnyak bnda,harapnya dapat dijalankan,antara schedule aku,kem usrah,bowlng,shopping,p swiming(tu pon lo da memb nak teman) n aku plan nak wat ketas keja siap-siap.nak wat kem o pogram anak angkat untuk mtd...huhu.tapi apapun,sebagai hambaNya,aku hanya mampu merancang,tapi Allah jualah yang menentukan,dan aku redho dengan setiap ketentuanNya...

cukup stakat ni,nanti aku melalut lagi.okey-okey,pesanan terakhir wat suma dan juga diriku,ada pepatah barat

" tuhanpun x mampu mengubah sejarah''


bukan lah aku nak mempersoalkan kemampuan Allah,cumanya yang nak aku sampaikan,biar apapun yang kita buat,xkan sesekali mampu mengubah sejarah,kerana sesungguhnya masa tidak akan kembali.macam yang telah dinyatakan dalam quran,surah al-asr

Thursday, October 14, 2010

sayang kakak


kakakku sayang
syukur sekali aku dianugerahkan saudara sebaikmu,
bijak dalam pelajaran,
rajin meringankan beban.
pandai menghiburkan,

maafkan aku kiranya aku mementing diri,maafkan aku kerna selalu memipirkan tentang diriku,maafkan hatiku kerna selalu x bertolak ansur dengan mu...

Friday, October 8, 2010

sahabat

kasih dan sayang,sesuatu yang dah sinonim dengan kita.setiap saat kita dambakan kasih,setiap saat kita mencari kasih sayang ni,bahkan,kita juga hidup untuk mencari kasih sayang (Allah)
kasih sayang adalah satu perasaan indah yang telah Allah kurniakn kpd kita manusia.dalam Quran juga disebutkan tentang peraan sayang ni

Itulah (karunia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba- hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukur
asy-Syuura ayat 23.

bukankah daripada ayat diatas jelas menunjukkan kasih sayang itu adalah fitrah manusia,dan jika kita berkasih sayang kerana Allah,maka insyaAllah rahmat Allah akan dikurniakan kepada kita... dalam post kali ni,aku xberminat untuk menyentuh tentang perlunya berkasih sayang dalam kehidupan kita,jika ada permintaan dari sahabat,baru aku akan tulis,tapi tu pun lepas ezam,insyaAllah.
cumanya disini,aku nak meluahkan rasa kecewa aku dengan beberapa orang sahabat yang sangat aku sayangi,dalam kecewa ni,tiba-tiba aku teringat dialog movie "cinta" kalau x salah,
"makin kita sayang seseorang,orang tu lah yang akan melukai hati kita"
betul atau x,tu bergantung pada keadaan dan orang...


sahabatku yang ku sayangi kerana Allah
hadirmu menyedarkan ku tentang mardhotilah,
hadirmu memberi ukhwah kerana Allah,
mengingatkanku sangat ku leka,
menjaga ku ketika sakit,
dan mengajar tatkala ku xmengerti...
demi Allah,
aku sangat sayangkan persahabatn ni,
dan mungkin kerana terlampau sayangkan ukhwah ni,kesalahn y
g kecil mampu menyebabkan hatiku terluka yang teramat sangat...

tujuanku menulis disini,bukan untuk menyakitkan hatimu,bukan jua untuk mengeruhkan keadaan,tapi kerana x mampu untukku luahkan perasaan ku padamu sahabat.

kelemahan diri....

duhai sahabat,
aku adalah hamba Allah yang serba kekurangan
padaku xada sebarang keistimewaan,jika dibandingkan dengan mu,
kau jau
h lebih baik dari ku,
kau umpama langit dan aku adalah bumi,..
tetapi percalah,persahabatan yang ku bina denganmu adalah kerana Allah,
bukan kerana keistimewaanmu,
kelebihanmu hanyalah penyeri pada persahabatn kita...

kadang-kadang aku rasa cemburu denganmu,kau mudah mencuri hati sesiapapun,
kau mudah menarik hati yang memandang,kau bijak berkata,kau punya quran di dada,berbandingku yang sangat serba kekurangan.melihat pada perbezaan ni,membuat aku malu untuk berdepan dengan mu...

aku seorang yg pemarah,dan aku bukan seorang yg penyabar,bahkan,kadang-kadang,ketegasan ku yang terlampau seolah-olah mendesak memnyebabkan orang rimas dengan ku.dan aku tau sahabat,walaupun kau x luahkan,tapi kau juga merasa rimas dengan ketegasan ku...bukan maksudku untuk mendesak,tapi aku hanya nakkan yang terbaik untuk sahabatku,tapi aku hanya manusia biasa yang x pernah terlepas dari melakukan kesalahan,
dan sebagai manusia biasa,aku tau,sabarmu jua ada batasnya.rimasmu dengan sikapku,menjarakkn drimu dengan ku.

hatiku menangis sedih tatkala melihat helahmu menjauhkan dirimu dariku, hatiku menjerit melihat sahabatmu yang lain yang menemanimu,bukan lagi aku... hatiku memberontak bila kau hanya mendiamkan diri saat bersamaku
aku tau,salahku sendiri kau jauhkan diri dariku.tapi sejujurnya,aku x mampu menipu diriku,yang aku sangat kecewa dengan sikapmu,sedih dengan helahmu,dan ku mula merasakan ukhwah kita mula goyah.. .demi Allah,aku takut saat ku teringat sabda rasulullulah dalam halaqahnya bersama sahabat..

"jangan duduk di antara kami orang yang memutuskan silaturrahim"

sungguh,baginda sendiri tidak menyukai orang yang memutuskn ukhwah,dan aku xnak menjadi umat yang tidak dicinta baginda.

sahabat, maafkan aku kerana kelemahan diriku, maafkan aku kerana rasa kecewaku, maafkan aku kerana berjauh hati dengan mu, maafkan aku kerana selalu mendesakmu, maafkan aku kerana memarahimu, maafkan aku kerana berburuk sangka padamu, maafkan aku kerana xmampu menjadi sahabatmu yang baik... kau adalah sahabat aku di dunia dan akhirat.kasih ku padamu kerana Allah,sayang ku padamu,xtermampu untukku ungkapkan.

dan perlu kau bimbangkan,kerana marahku padamu,telah lama ku lupakan,dan kau x pernah melakukan sebarang kesalahan padaku.jadi tiada apa yang perlu untukku maafkan...

Thursday, October 7, 2010

kenapa aku???

kenapa aku???kenapa mesti aku yang merana?kenapa mesti aku yang berkorban???

Tuesday, October 5, 2010

perjuangan yang terhenti

Ya Allah,bukan aku x kasih pada dia,bukan aku x sayang pada dia,dan bukan aku letih dengan dia..sanggup aku bergadai nyawa kerana dia,sanggup aku habiskan masa kerana dia,sanggup aku dipulaukan kerana dia,kerana aku menginginkan dia kerana kasih kepadaMu…

Sering kali aku menitiskan air mata kerana dia,sering kali aku terfikir untuk meninggalkan dia,bukan kerana aku dah jemu dengan dia,kerana diriku yang xlayak berada dengannya…

Mana mungkin aku letih dengan dia,sedangkan dia jalan Dakwah,telah memberi aku kebahagian di jalanMu.dakwah telah menghadiahkan aku,satu ukhwah yang terbina kerana Allah,kerana dambakan kasih Allah,menghadiahkan aku usrah kerana mardhotilah.

Begitu indahnya kebaikan yang telah dakwah berikan padaku… seringkali aku mengutuk diriku,kerana ingin meninggalkan dakwah yang telah begitu banyak membahagiakanku… dakwah itulah yang diperjuangkan oleh rasulMU,sehingga ada diantara mereka,dipukul,dilumur najis,dan rasulMu Yahya,digergaji di kepalanya,kerana memperjuangkan dakwah…

Hinanya diriku,kecilnya diriku,rendahnya imanku,kerana terfikir untuk meninggalkan jalanMu. Ya Allah,ampunkanlah aku,tetapkanlah imanku,teguhkan hatiku,dan bukan semata-mata,tapi juga buat sahabat seperjuanganku. Andai satu masa,aku tewas ya Allah,janganlah Kau biarkan sahabat-sahabtku,jatuh bersamaku. Tapi kau pimpinlah mereka,bantulah mereka,agar terus berada di jalanMu…

Maafkan aku wahai teman,andai tak bisa dapat bertahan,tak bersamamu melaungkan kalimah Allah…tapi percayalah,tak beerti aku mengalah,aku akan kembali,kembali berjuang bersamamu. Undurku,kerana butuh waktu,untukku mentarbiyah diri agar tidak ada lagi kata dusta dari lidahku. Pergiku untuk merawat kekurangan diri.

Salam perjuangan