Tuesday, October 5, 2010

perjuangan yang terhenti

Ya Allah,bukan aku x kasih pada dia,bukan aku x sayang pada dia,dan bukan aku letih dengan dia..sanggup aku bergadai nyawa kerana dia,sanggup aku habiskan masa kerana dia,sanggup aku dipulaukan kerana dia,kerana aku menginginkan dia kerana kasih kepadaMu…

Sering kali aku menitiskan air mata kerana dia,sering kali aku terfikir untuk meninggalkan dia,bukan kerana aku dah jemu dengan dia,kerana diriku yang xlayak berada dengannya…

Mana mungkin aku letih dengan dia,sedangkan dia jalan Dakwah,telah memberi aku kebahagian di jalanMu.dakwah telah menghadiahkan aku,satu ukhwah yang terbina kerana Allah,kerana dambakan kasih Allah,menghadiahkan aku usrah kerana mardhotilah.

Begitu indahnya kebaikan yang telah dakwah berikan padaku… seringkali aku mengutuk diriku,kerana ingin meninggalkan dakwah yang telah begitu banyak membahagiakanku… dakwah itulah yang diperjuangkan oleh rasulMU,sehingga ada diantara mereka,dipukul,dilumur najis,dan rasulMu Yahya,digergaji di kepalanya,kerana memperjuangkan dakwah…

Hinanya diriku,kecilnya diriku,rendahnya imanku,kerana terfikir untuk meninggalkan jalanMu. Ya Allah,ampunkanlah aku,tetapkanlah imanku,teguhkan hatiku,dan bukan semata-mata,tapi juga buat sahabat seperjuanganku. Andai satu masa,aku tewas ya Allah,janganlah Kau biarkan sahabat-sahabtku,jatuh bersamaku. Tapi kau pimpinlah mereka,bantulah mereka,agar terus berada di jalanMu…

Maafkan aku wahai teman,andai tak bisa dapat bertahan,tak bersamamu melaungkan kalimah Allah…tapi percayalah,tak beerti aku mengalah,aku akan kembali,kembali berjuang bersamamu. Undurku,kerana butuh waktu,untukku mentarbiyah diri agar tidak ada lagi kata dusta dari lidahku. Pergiku untuk merawat kekurangan diri.

Salam perjuangan

No comments:

Post a Comment