Thursday, November 25, 2010

talbiyah

adakah malam ni Allah nak didik aku sekali lagi?
mungkinkah malam ni Allah nak ingatkan aku?
atau malam ni,cuma ujian ringan bg seorang hamba yg memburu mardhotillah?

ALLAHHUAKBAR
Thank you Allah,mlm ni,Engkau telah beri aku satu pengajaran yg sangat istimewa.
thank you Allah,mlm ni,aku melihat kebesaran Mu...

malam ni,aku seolah kembali ke dunia lalu ku.dunia yang penuh kegelapan,yang tiada sakinah dan hidayah,dunia yg palsu semata-mata...
menyesalnya aku dengan dosa laluku,malunya aku dengan sejarah silamku,hinanya aku tanpa bimbingan Allah...

talbiyah

Sunday, November 21, 2010

bizday abah

18:11 tu bizday abah,hajat di hati nak beli kek 3 tingkat kat abah,celebrate skali bizday angah n pertunangan dia,tapi apakan daya,elaun xmasok lg,nak beli coklat pon kna mintak duit kat abah,so terpaksalah aku lupakan hajatku itu.huhu,

TAPI!!!aku xlah lupakan terus hajatku,aiseh,aku wat kek coklat sendiri...
resepinya mudah,cepat dan murah...okey-okeyh,aku gtau apa resepinya...

kek coklat lembab


2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kisar
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas
3 biji telur
2 sudu (teh/kecil) soda bikarbonat
1 sudu (teh/kecil) serbuk penaik
1 sudu asen vanilla


Cara-cara

Mula-mula panaskan periuk kukusan yang berisi air. Biar die dan kita buat la kek nye...

1. Ayak tepung dan serbuk koko.
2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar KECUALI air panas.
3. Putar campuran bahan-bahan tu sampai sebati semua sekali.
4. Dah sebati, baru masukkan air panas. Putar lagi sampai sebati.
Tak perlu cuak bila adunan menjadi sangat cair..
5. Dah siap adunan kek, letak la dalam loyang yang dah di oles dengan minyak permukaannye.
6. Lepas tu, kukus sampai masak
Untuk toping cokelat cair itu, aku buat cam ni ja:

Bahan-bahan :
Setegah cawan serbuk koko, Setengah cawan susu pekat, 1 sudu minyak masak.


Cara :

Campur serbuk koko dan susu dalam periuk kecil. Kacau sebati. Tambah minyak, kacau lagi sampai berkilat dan likat. Siap. Tuang pada kek bila kek dah sejuk.

hasilnya

perh.best.sedap hingga licin pinggan...hihi,abah terharu,tapi dia x tau crita sebetulnya...
benarlah pengorbanan tu indah.dan keindahan tu bukan pada org yg menerima,tapi sebaliknya pada yang memberi...sebab bizday abah time raya aidiladha,so aku masok ckit bab pengorbanan...
AIDILADHA
xperlu aku ulaskan cerita pengorbanan nabi Ibrahm sekeluarga.semua dah tau,tapi yang aku nak cakap tentang kesanggupan mereka berkorban demi mardhotillah.
sekarang ni,suma org termasuklah aku skali,cukup susah nak berkorban untuk agama.sukar kita nak bersedekah,berjuang,berjihad untuk agama,bahkan untuk korbankan sedikit masa mendengar ilmu agama pon payah...begitulah kita telah ditipu dunia,bodohnya kita membiarkan dunia menguburkan kita...

satu tips yg aku amalkan untuk merasakan indahnya pengorbanan tu,harapnya tips ni bermanfaat.

  • berkorban kerana dambakan kasih Allah.bukan kerana mengharapkan pujian,bahkan,dalam setiap perkara yg kita lakukan,kita jadikan Allah sandaran kita,insyaAllah,sumanya akan menjadi indah walaupon pengorbanan tu menyakitkan...
  • lihatlah kegembiraan yg kita berikan melalui pengorbanan kita tu..lihat pengorbanan itu dengan hati,rasakan dan hayati kegembiraan mereka,kita akan rasa pengorbanan itu,sesuatu yg ssangat bernilai dan berbaloi.
  • ingatlah,ganjaran Allah yg lebih besar menanti kita.bukankah satu kebaikan yg kit alakukan,Allah akan gantikan dengan 10 kebaikan?jadi,kenapa kita nak bersedih ntuk sesuatu yg kecik...ganjaran Allah tu lebih besar dari pengorbanan kita...


 


ni ja yg mampu aku kongsikan wat masa skang...lo da cadangan lg,harap kita kongsikan bersama...

Monday, November 15, 2010

kuatkan hatiku

pasal post al Fateh,aku delay dulu...idea da banyak,tapi mood xdak...maafla sahabat,untuk menulis psl seseorang,lebih-lebih lagi tokoh islam

Monday, November 1, 2010

kem al-fateh

mcm yg aku cakap,aku akn join 1 kem kepimpinan kan..huhu,kem ni dinamakan kem kepimpinan al-Fateh...
aku memang tertarik dengan nama kem ni,nama ni diambil sempena nama seorang tokoh islam yg sangat hebat dan sangat2 aku kagum...